Monday, February 20, 2012

~Meals for si Buah Atie....Part 1~

Hmmm.....ag sebulan je utk si buah atie msuk 6months....so, as far as we all know...all the babies will be learning to eat food starting 6months n above...so, bile rajen, de gak seach tntg pemakanan yg sesuai utk si buah atie....ye la, x kn trus nk bg epal sebijik, oren sepotong, at die kn..?? die kne taw step2 khas, supaye baby x tercekik bile makan @ bile mule nk sesuaikn dri n lidah die utk mengenali pelbagai rse slain susu ibu die...:)
And this is one of document that i found in momies group...

: Semi Solid Food...

Makanan pelengkap disediakan dengan pelbagai cara mengikut umur bayi. Setiap bayi mempunyai tahap pertumbuhan dan kemampuan yang berbeza – beza.
Sediakan makanan yang berbeza dari segi teksturnya mengikut umur:

```Bayi yang berumur 6 – 8 bulan harus diberi makanan yang berbentuk puri, dilenyek dan makanan separa pepejal.

```Bayi 9 – 11 bulan harus diberi makanan yang dipotong halus. Apabila bayi mampu mengawal pergerakan jari-jemarinya sendiri, makanan jejari (ketulan kecil makanan yang boleh dipegang dengan mudah) seperti biskut lembut dan buah, boleh diberikan.

Pada umur 12 bulan, makanan yang dimakan oleh keluarga boleh diberikan.

*Gunakan perkakasan yang berasingan untuk penyediaan makanan bayi (contoh: pengisar, penapis). Ini kerana peralatan yang biasa digunakan mungkin tercemar dengan karat dan makanan dewasa yang tidak sesuai untuk bayi.
*Jika membeli perkakasan berasingan adalah tidak praktikal, pastikan semua perkakasan telah dicuci dan dikeringkan sebelum digunakan untuk penyediaan makanan bayi.
*Kebersihan diri, perkakas dapur serta makanan harus dipastikan pada setiap peringkat penyediaan makanan dan sewaktu menyuap bayi.
*Tangan penjaga hendaklah dicuci dengan bersih sebelum menyediakan makanan dan selepas menggunakan tandas. Tangan bayi juga perlu dicuci dengan bersih sebelum makan.

~~~~Bagaimana menyediakan puri buah-buahan/sayuran ?-Bersihkan buah / sayur menggunakan air bersih yang mengalir.
-Kupas, buang empulur / biji dan potong menjadi kiub atau ketulan bersaiz sederhana besar.
-Kukus potongan buah hingga lembut. Jika menggunakan buah yang lembut, abaikan langkah ini.
-Kisar, lenyek atau parut buah/sayur.
-Campurkan dengan susu atau susu ibu untuk menjadikannya lembut dan cair.

~~~~Bagaimana untuk melenyek ?
-Bersihkan buah / sayur menggunakan air bersih yang mengalir.
-Kupas, buang empulur / biji dan dipotong menjadi kiub atau ketulan bersaiz sederhana besar.
-Kukus potongan buah hingga lembut. Jika menggunakan buah yang lembut, abaikan langkah ini.
-Letakkan buah / sayur di dalam mangkuk dan lenyekkan dengan menggunakan alat pelenyek dapur.
(jika tiada alat pelenyek, gunakan garfu sebagai ganti)

::::Nota : Tambahkan pelbagai jenis buah-buahan ke dalam diet bayi. Buah-buahan dan sayuran lain yang boleh dijadikan puri atau dilenyek adalah seperti:


Buah-buahan – Epal, pir, betik, pisang, tembikai susu, mangga, tembikai.
Sayuran – Ubi kentang, ubi keledek, lobak merah, kacang pis, bunga kubis, labu, kacang buncis.




Puree Apple...(Apple yg telah pun dilenyekkn...)



~~~Bagaimana membuat jus buah ?
-Bersihkan buah menggunakan air bersih yang mengalir.
-Kupas, buang empulur / biji dan dipotong menjadi kiub atau ketulan bersaiz sederhana besar.
-Buah yang mempunyai kulit yang boleh dimakan (contoh epal) tidak perlu dikupas, kerana bahagian kulit mengandungi nutrien berkhasiat.
-Tambahkan lebih kurang 30ml (1/2 cawan) air dan potongan buah ke dalam mesin pengisar.
-Jika mengisar buah yang lembut (contoh tembikai), tidak perlu ditambahkan air.
-Tapis jus menggunakan penapis (tekan hampas buah dengan sudu untuk mendapatkan lebihan jus).
-Hidang jus kepada bayi menggunakan cawan bayi.


~~~Bagaimana membuat jus sayur-sayuran ?
-Basuh sayur menggunakan air bersih yang mengalir dan letak ke dalam bekas yang bersih.
-Tambah 150 ml (2/3 cawan) air dan rebus lebih kurang tiga minit atau sehingga sayur menjadi lembut.
-Tapis jus menggunakan alat tapisan (tekan sayur yang telah direbus dengan sudu untuk mendapatkan lebihan jus)
-Hidang jus kepada bayi menggunakan cawan bayi.


~~~Bagaimana menyediakan stok (untuk digunakan dalam resipi masakan)
-Buang lemak, kulit dan darah beku pada tulang ayam. Basuh sebersih-bersihnya.
-Rebus tulang ayam di dalam 1 liter (4 cawan) air. Setelah mendidih, perlahankan api dan didihkan untuk 30 minit. Asingkan dan sejukkan stok di dalam peti sejuk untuk semalaman.
- Buang lapisan lemak yang terdapat pada permukaan stok yang telah disejukkan. Stok boleh disimpan di dalam peti sejuk selama seminggu dan dibekukan untuk sebulan.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doakn kami ye....:)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Animated Pictures Myspace Comments
MyHotComments.com